Saturday 1 February 2014

DIDIK ANAK, BINA LEGASI

Teks :Fazrul Ismail
sumber :Majalah Zuriat kau Ilhamku


Mendidik anak adalah suatu perjuangan yang hebat untuk membina legasi agar kita mampu ke akhirat nanti dengan bekalan pahala amalan berterusan.Apabila objektif mendidik anak dijadikan salah satu keutamaan, ia memastikan usaha kita tidak hanya tertumpu kepada nilai kebendaan tetapi sebagai ibadah yang membawa kesan yang berpanjangan.

Dalam diri manusia, ada 4elemen yang penting :

  1. Fizikal - merujuk kepada tubuh badan dan kewangan serta alam sekitar
  2. Intelek - berhubung kapasiti berfikir dan menggunakan ilmu untuk manfaat awam
  3. Emosi - mampu mengawal perasaan dan berinteraksi sesama ahli keluarga dan sosial
  4. Spiritual - amalan peribadi seharian dan berkongsi kebenaran serta arah tujuan hidup dengan orang lain
Setiap manusia mempunyai elemen-elemen ini. Kita berinteraksi antara satu sama lain dengan elemen-elemen ini. Ibu bapa perlu memerhatikan kemajuan dan pembesaran fizikal anaknya kerana ia sama penting dengan aspek yang lain. Sayangnya, dalam arus untuk memenuhi keperluan keluarga, aspek material sering diberi perhatian yang lebih. Namun berbaloikah jika kemajuan fizikal yang kita perolehi menggantikan masa berkualiti dengan si anak setiap hari?

SPIRITUAL MENJADI NAVIGASI 

Berbanding elemen fizikal, intelektual dan emosi, spiritual mendudduki tempat yang penting dalam diri manusia. Ia penting kerana elemen spiritual akan menjadi jurupandu dan arah kepada aspek yang lain. Elemen spiritual menjadi fungsi utama hati dalam diri manusia.

Hadis Nabi menyatakan :
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika ia baik, baiklah jasad... dan jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ingatlah! Itu adalah hati
(Riwayat Bukhari No:52  dan Muslim No:1599

Elemen fizikal tidak boleh dipisahkan daripada spiritual. Tentunya usaha ibu bapa membesarkan fuzikal  si anak tidak harus pula menyebabkan kepentingan untuk membina elemen intelek, emosi dan spiritual dilupakan. Ini amat penting dalam membina legasi atau warisan yang kekal hingga ke hari akhirat.

LEGASI KE AKHIRAT

Malah, jika diperhatikan dalam surah Al-Mu'minun ayat 10-11, Allah berfirman :

"Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi" [23:10]
"Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; merekakekal di dalamnya" [23:11] 

Dalam ayat di atas, Allah menggunakan istilah 'mewarisi' dalam ayat 11.Dari mana kita mewarisi syurga? sudah tentu dengan rahmat Allah selepas kita beramal baik di atas muka bumi ini. Amalan baik di atas muka bumi ini akan menjadi maksimum jika kita merujuk kepada hadis berikut :

Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara : Sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau nak yang soleh yang mendoakannya.
(Hadith diriwayatkan oleh Muslim,, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)

Untuk mendapatkan syurga Firdaus,perlulah kita membina warisan pahala amal sementara kita masih hidup di bumi Allah ini. Warisan inilah legasi yang perlu dibina.
  • Legasi dalam bentuk fizikal: sedekah jariah
  • Warisan berbentuk intelek: ilmu bermanfaat
  • Warisan bersifat emosi /sosial :anak soleh yang mendoakannya

MEMBINA LEGASI IALAH MEMBINA SISTEM 

Untuk memastikan legasi dapat dibina agar matawang akhirat yang berbentuk pahala amal diperolehi secara berterusan, kita perlu merujuk kepada hadis sebelum ini. Jika dilaksanakan secara individu, ramai yang boleh menderma untuk masjid sebagai sedekah jariah, atau mengajar anak jiran bagi ilmu bermanfaat atau mengajar anak doa untuk ibu bapa bagi mmemenuhi ciri anak soleh yang mendoakannya.

Namun cukupkah setakat itu? Mungkinkah pahala berterusan selepas kita kembali kepada Allah
  • Jika duit yang disedekahkan itu membina masjid, pahala akan berterusan selagi masjid itu terbina dan digunakan.Namun bagaimana mahu menderma kepada masjid lain jika saya sudah tiada di atas muka bumi ini?
  • Jika ilmu yang diajar tadi digunakan dan dimanfaatkan, saya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Bagaimana memastikan ilmu itu tetap diajarkan walaupun saya sudah tiada di atas muka bumi ini?
  • Ketika saya hidup, saya harapkan si anak menjadi anak soleh dan mendoakan saya. Pastikan si anak akan jadi soleh selepas ketiadaan saya? Bagaiman memastikan si anak tetap mendoakan saya?

Persoalan-persoalan di atas membangkitkan kepentingan membina sistem. Kita tidak mampu membina legasi berdendirian. Itu sebabnya dalam Al-Fatihah, kita membaca  "Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"[1 : 5]

Walaupun solat bersendirian, perkataan 'Kami' tetap digunakan kerana ia melambangkan kerja kolektif yang perlu dilaksanakan untuk beribadat kepada allah. Membina legasi ke akhirat perlukan cara berfikiran sistematik dan menyeluruh  agar projek matawang akhirat ini tidak terbengkalai apabila kita menghadap Allah sebelum hari kiamat.

MEMBINA SISTEM ANAK SOLEH

Berbalik kepada persoalan di atas, amat perlu dibina sistem anak soleh- dan bukan sahaja individu anak soleh.Antara sistem yang berkaitan dengan diri seorang anak :

1)Sistem Fizikal
Sistem yang dimaksudkan ialah sistem berfikir, sistem kewangan dan sistem pengurusan alam sekitar

2)Sistem Intelek
Sistem yang dimaksudkan ialah sistem berfikir, sistem akademik dan sistem kemahiran

3)Sistem Emosi / Sosial
Antara sistem yang perlu diberi perhatian ialah sistem persahabatan dan pergaulan si anak, sistem pasangan yang akan dibina, sistem akhlak dan kemasyarakatan

4)Sistem Spiritual
Sistem yang dimaksudkan ahlah sistem kepercayaan dan sistem perkongsian dakwah dengan orang lain.

Inilah anatara objektif yang perlu dipandang besar oleh setiap penjaga. Mengemaskini sistem-sistem di atas mengikut acuan Islam akan memastikan biah atau persekitaran yang solehah agar si anak akan tetap soleh dan mendoakan si ayah atau ibu walaupun penjaga telah pergi.