Friday 24 January 2014

Air kelapa dan kecantikan

Buah kelapa atau 'Cocos Nucifera' ini juga dikenali dengan nama 'Wonder Food'.Ini kerana buah kelapa mengandubgi pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.Air kelapa sangat baik untuk kesihatan terutama kandungan mineral dan protinnya yang berkualiti tinggi sangat membantu dalam pertumbuhan sel-sel dalam tubuh.Kandungan gula yang terdapat pada air kelapa mudah diserap oleh tubuh dan mampu untuk menyegarkan tubuh.Tahukah anda bahawa air yang terdapat dalam sebiji  buah kelapa cukup untuk memenuhi keperluan vitamin C untuk seharian.

Air kelapa bukan sahaja untuk kesihatan tubuh tetapi juga sebagai kecantikan kulit.Ia boleh membantu menjadikan kulit wajah lebih berseri.Jika mengamalkan mencuci muka dengan air kelapa secara berterusan setiap hari dikatakan boleh membantu menyembuhkan atau menghilangkan jerawat, noda-noda hitam, kedutan pada wajah yang kering

Petua untuk menghilangkan jerawat dengan menggunakan air kelapa boleh lah diikuti .Iaitu ambil 25gm kunyit dan campurkan dengan segelas air kelapa muda.Biarkan selama semalaman,kemudian ditambahkan 3 senduk serbuk teh merah.Sesudah kesemua campuran sebati,disimpan lagi untuk masa 3 hari.Selesai sudah waktu 3 hari hendaklah ditapis ramuan tadi dengan tiga lapis kain kasa.Simpan ramuan tadi ke dalam botol dan sapukan pada wajah dua kali sehari sehingga jerawat menghilang.Selamat mencuba!.Apa pun semua dengan izin dariNya.



Manfaat Air Kelapa

  • Merawat demam campak ~ Air kelapa muda mampu mengurangan rasa sakit dan panas dalam akibat demam panas dan campak

  • Merawat pelbagai penyakit~Air kelapa muda dapat meredakan mulut kering,penyakit diabetes dan dipercayai mampu membuang racun dalam darah

  • Sesuai bagi ibu mengandung~Air kelapa dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim sehingga saat kelahiran.Ia juga dapat mengelak penyakit kulit pada bayi yang baru lahir

  • Membersihkan usus~Air kelapa sangat efektif dalam membasmi berbagai jenis cacing yang berda di dalam usus.Pesakit yang menghidapi gastrik amat sesuai meminum air kelapa muda.Di samping itu,air kelapa bermanfaat dalam perawatan kembung perut, ceret-beret, radang usus dan buasir

  • Mengatasi masalah pencernaan~Air kelapa jugadapat mengatasi masalah pada sistem saluran pencernaan seperti mengurangi gas dalam perut dan rasa mual.Antara lain, ia juga bermanfaat merawat masalah seperti kerap kencing, albuminuria (penyakit ginjal yang mana banyak terdapat protin di dalam urin), serta membantu dalam menghancurkan batu karang pada saluran kencing atau ginjal

  • Mengurangkan rasa panas akibat terbakar~Air kelapa mampu untuk menghilangkan rasa panas akibat terbakar dan akan segera hilang dan tidak meninggalkan bekas yang teruk

No comments:

Post a Comment