Tuesday 28 January 2014

Pemakanan sunnah tetap no.1 disamping ambil vitamin Shaklee

Assalamualaikum...warahmatullahi... wabarakatuh


Ganjaran Allah untuk orang yang mengamalkan Sunnah amat besar.Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk masuk syurga.

Alhamdulillah,dengan izin dan rahmat darinya yang memberikan nafas untuk hidup....dan berfikir untuk  menulis di blog, segala apa yang terlintas di fikiran dan ilham yang diberikan datang dariNya.Di sini saya ingin berkongsi cerita bahawa pemakanan sunnah tetap menjadi makanan utama dalam keluarga kami,disamping mengambil vitamin tambahan untuk kesihatan.

Sunnah amat penting dalam kehidupan umat islam.Mengamalkan sunnah pada akhir zaman ibarat menggengam bara api (amat susah untuk mengamalkannya walaupun ianya sangat-sangat mudah).Walaupun terlalu banyak sunnah untuk diikuti,tetapi bagi saya kemampuan untuk kita ikuti sedikit demi sedikit maka selamanya ia akan memudahkan kehidupan kita dan tidak dijangka ia menjadi berterusan amalannya dan semakin bertambah dan berkembang mengikuti sunnah-sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.Salah satu sunnah yang saya ingin kongsikan ialah mengambil makanan sunnah  seperti air zamzam, buah  kurma (tamar),kismis,habbatus sauda dan madu semestinya sentiasa perlu ada di rumah.

Setiap jenis makanan ini ada khasiatnya yang tersendiri.Jom kita baca:~



1)  Air zam zam dalam bahasa arab bermaksud " yang banyak" atau"melimpah", ialah  sumber air yang bersih dari bawah tanah di Mekah suatu ketika dahulu.Anugerah dari Allah kepada seluruh makhlukNya bahawa air zam zam didapati dari telaga biasa yang terletak di kawasan Masjidil Haram hampir dengan Kaabah.Air zam zam mempunyai keistimewaannya:
    • susunan molekulnya air zam zam berstruktur sangat indah,teratur cantik bentuknya bak berlian yang berkilauan.
    • Kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding air dari sumur biasa
    • kandungan zat florida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman dalam tubuh manusia
    • Sumur (telaga) air zam zam yang tidak pernah kering itulah keajaibannya,meskipun beribu tahun berlalu dan tanah Arab yang diliputi gurun pasir dan jarang hujan. dan tidak habis diambil dan dibawa setiap harinya ke seluruh pelusuk dunia oleh kaum Muslimin.





2)  Buah Kurma (tamar) buah yang sangat digemari oleh saya tidak kira bukan hanya di bulan Ramadhan dan ketika saat mengandung,setiap bulan biasa  saya tetap akan membelinya sekiranya diberikan rezeki yang lebih.Kurma kesukaan saya yang biasa saya cari ialah Kurma Ajwa.Antara kelebihan dan khasiat kurma Ajwa ialah:~

    • Kaya dengan zat besi dan kalsium yang akan terhindar dari penyakit yang berisiko tinggi seperti penyakit jantung dan kencing manis.Manakala potasium yang ada juga di buah kurma berguna untuk mengatasi masalah stess,sembelit dan lemah otot.
    • Bukan hanya kismis,kurma juga baik untuk menguatkan daya ingatan
    • Baik untuk wanita yang mengandung-kerana memudahkan proses bersalin selain zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma  sangat berguna untuk membentuk dan menambah kandungan air susu ibu
Sabda Rasulullah S.A.W :"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,nescaya anak yang bakal dilahirkan itu bakal menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

    • Boleh dimakan bila-bila masa kerana tidak mengandungi kolesterol
    • Kandungan gulanya mudah meresap di tubuh dan memberi tenaga
    • mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan
    • kandungan kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan  pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.






3)  Kismis bahasa saintifik adalah "Vitis Vinifera" ,manakala dalam dalam bahasa arab dipanggil "Zabib". Merupakan anggur yang dikeringkan sama ada untuk dimakan langsung atau digunakan dalam masakan atau pembuatan kek.Kismis adalah satu manisan asli ciptaan Allah SWT yang paling berkhasiat di dunia.Ia tidak mengandungi kolesterol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral penting seperti zat besi, potassium, magnesium,kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Ia juga mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli ) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.Zat besi yang ada pada kismis untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan selain merupakan serat dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).

Rasulullah SAW bersabda :
" Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."


"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."








4)  Habbatus Sauda dikenali sebaga jintan hitam.Nama saintifik "Nigella Sativa" ialah sejenis tumbuhan berbunga secara tahunan yang tumbuh secara aslinya di bahagian selatan dan barat daya benua Asia.Manakala daun dan bunganya berstruktur halus dan tumbuhan ini biasanya berwarna putih dan biru.Buahnya pula bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan.

Bijirin Habbatus Sauda juga diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyaknya dan diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda yang meluas digunakan untuk merawat kencing manis secara tradisional dan terdapat juga dimasukkan ke dalam kasual.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda :
"Gunakanlah Habbatus Saudahkerana di dalamnya terdapat ubat semua penyakit kecuali As Sam (kematian)" -HR.Bukhari-


Antara manfaat dan khasiat  utama mengambil Habbatus Sauda ialah: ~ Insya'Allah

mengubati gangguan usus,untuk penyakit kulit : gatal-gatal, luka terbakar, (disapukan), paru-paru,mengubati selsema dan batuk, meninkatkan sistem imuniti , Ginjal, diabetes, memperbaiki sel-sel, , kanser, menambah kemesraan suami isteri, menyeimbangkan hormon, penyempitan pembuluh darah, mengurangkan risiko sakit jantung,memusnahkan dan mengurangkan risiko pertumbuhan tumor, mencegah dan merawat kanser payudara,menormalkan tahap kolesterol  dalam darah, meningkatkan produksi kualiti susu ibu dan lain-lain lagi.








5)  Madu merupakan sumber makanan penting yang disediakan Allah untuk manusia melalui serangga kecil iaitu lebah. Ia sejenis manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga.Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu.Rasa dan warna madu tulen adalah berbeza-beza di mana sifat



Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(Q.S. An-Nahl : 68-69)



Antara khasiat madu ialah:~


  • Ia membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
  • Ia dapat membantu memulihkan tenaga seseorang yang menggunakan tenaga dengan banyak sehingga cepat keletihan
  • menstabilkan kandungan gula dalam darah ( digantikan gula kepada madu lebah )
  • madu sebagai awet muda untuk membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan
  • walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang
  • madu mengandungi zat antibiotik yang berguna untuk mengalahkan kuman patogen untuk penyebab penyakit infeksi.
  • memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air
  • madu dapat memulihkan luka dengan cepat
  • madu juga berperanan menghilangkan balgham ( lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong ) yang mana balgham menyebabkan lupa.
  • ingatan menjadi kuat dan minda menjadi tajam

Dalam kitab bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya : "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu. Manisan madu adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati), kerana itu hendaklah kamu selalu mempergunakan perubatan dua jenis ubat, iaitu manisan madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya).



No comments:

Post a Comment