Friday 24 January 2014

Masa Silam yang Kelam

Bumi mana tidak ditimpa hujan.Manusia mana yang tidak pernah berdosa.Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.lam

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat,pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi.Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia,berpatah baliklah.Jadikan dosa kini terasa pahit dari punca sengsara.Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah,binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu Al-Quran dan hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu lunturkan dan padamkan secara bertahap.Biar merangkak,biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan.Moga dengan itu,kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

No comments:

Post a Comment